Friday, May 17, 2013

pengalaman ku sebagai GURU..

pada 1 april 2013,dgn hati yg berdebar-debar..aku turun dr kereta yg di parkir di dataran SK Temenggong Abdul Rahman 1 JB..pd saat ini bermulalah hidupku sbg GURU ganti di sekolah ini selama sebulan lebih..ini merupakan pengalaman pertamaku di sini mjadi seorang pendidik..apakah rasanye ye???

pagi isnin itu seperti biasa sekolah akan dimulai dengan perhinpunan pagi..aku terus diperkenalkan di hadapan semua murid oleh GB mereka..wah,rupanya sekolah ini dihuni oleh murid lelaki sahaja..terus tergambar dibenakku betapa nakalnya murid lelaki...hehehe...

kelas pertamaku bermula pada jam 900 pagi kelas tahun 3...subjek yg aku akan ajar ialah PEND. ISLAM...dalam mindaku kosong saat ini..tertanya2,apakah yg akan ku ajar nanti???aku langsung tak membuat persediaan mengajar..aku bermula dari ZERO...tak pernah mengajar sebelum ini...

walaubagaimanapun aku gagahkan juga langkah kaki ku ke kelas tersebut...kelas 3 TEMENGGONG 2 inilah aku dipertanggungjawabkan sebagai GURU KELAS..wah, berat juga tugasku..gumamku sendirian..tiba di kelas,ada seorang ustaz dah menunggu.aku meminta pertolongan ustaz ini untuk mengajar terlebih dahulu sebagai panduanku kelak...dipendekkan cerita, nakal-nakal semuanya...lain yg darjah 6,sudah dimarahi tetap tidak mendengar..setakat ini,aku masih gagal utk mengawal kelas tahun 1..setiap hari aku pasti akan menjerit dan mengejar murid..huh..terpaksa juga aku tahankan...

sehingga semalam,tanggal 16 MEI 2013 merupakan hari guru bagi seluruh guru2 di MALAYSIA..meriah,seronok dan dapat banyak hadiah..itu saja yg dapat aku gambarkan..kenangan yang memang tak dapat dilupakan.... :)

sambutan hari guru STAR1